‘Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja’

Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja’ – “Walaupun adik saya ini sindrom down, serba kekurangan, sekurang-kurangnya McD beri peluang untuk anak-anak syurga seperti Azib urus diri.”

SAJAHEBOH.COM - 'Terima Kasih McD Bagi Peluang Adik Saya Kerja'demikian tulis Mior Azlan Junior yang tidak putus-putus berterima kasih kepada Mcd yang memberi peluang untuk adiknya, Mior Azib Mior Kamarulbaid, 23 tahun.

Video viral Azlan & beberapa ahli keluarga yang menghantar adiknya ke premis McDonald’s Bandar Tun Hussein Onn, viral di media sosial. Azib yang berkemeja putih, dipakaikan apron dan topi sebelum diajar bagaimana melakukan tugasannya.