Banjir Dan Tanah Runtuh Melanda Sumatera Barat

MANDAILING NATAL: Sekurang-kurangnya 10 penduduk m4ut, manakala ramai lagi dilaporkan hilang akibat kejadian banjir dan tanah runtuh selepas hujan lebat melanda barat Indonesia.

Hujan lebat sejak Rabu lalu mengakibatkan 24 kampung di daerah Mandailing Natal, wilayah di utara Sumatera, dilanda banjir dan tanah runtuh.

“Sekurang-kurangnya 10 mangsa disahkan m4ut, manakala 10 lagi mangsa dilaporkan hilang selepas sebuah sekolah agama ditimbus tanah runtuh.

“Pasukan mencari dan menyelamat dari agensi bencana sudah dikerah di daerah itu tetapi usaha mereka terjejas akibat tanah runtuh,” kata ketua agensi bencana Sumatera Utara, Riadil Lubis.

Video:

Sumber: Beritaharian

Apa Kata Anda?