‘Murah bukan sebab GST sifar’

AKTOR berpengalaman, Datuk Rosyam Nor melebarkan sayap perniagaan apabila pasar raya diusahakan memulakan operasi di Setiawangsa, Kuala Lumpur, esok.

Lebih menarik pasar raya borong ST Rosyam Mart Sdn Bhd itu dibuka pada hari pertama Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diletakkan pada kadar sifar.

Dihubungi hari ini, bagi berkongsi mengenai pasar borong diusahakan bersama Sri Ternak Group, Rosyam menjelaskan memang benar harga barangan di jual di pasar raya itu agak murah berbanding pasar raya sedia ada namun ia tiada kaitan dengan GST sifar.

“Esok bukan pelancaran rasmi ST Rosyam Mart sebaliknya kami menguji sistem baru digunakan untuk mengendalikan perniagaan baru itu.

“Seperti pasar raya lain, ST Rosyam Mart merancang menjual barangan basah pada harga murah. Ayam atau keperluan lain termasuk beras dijual harga RM1 atau dibawah RM1.

“Apapun, perkara itu tidak akan berlaku esok tetapi promosi dirancang hanya dilaksanakan sebaik saja pasar raya borong itu dibuka secara rasmi,“ katanya.

Pelakon utama filem Lenjan dan Laila Isabella itu berkata: ”ST Rosyam Mart akan memulakan operasi 24 jam bermula jam 7 pagi esok.

“Saya bimbang sekiranya orang terlalu ramai datang pada percubaan awal memulakan operasi.

“Takut juga tiba-tiba orang beratur panjang atau menunggu lama disebabkan pihak kami belum mahir dengan sistem baru itu yang boleh menyebabkannya menjadi isu dan viral,”€ katanya.

Untuk memastikan operasi lancar, Rosyam meminta bantuan pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) agar 200 kakitangan pasar raya dapat melaksanakan tugas dengan baik.

“Saya perlu memulakan esok kerana tertangguh hampir setahun. Pelancaran rasmi akan dibuat bulan Syawal,”€ katanya.

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: Sumber

Apa Kata Anda?