Pesanan minimum, caj penghantaran Foodpanda kini lebih murah

 

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan penghantaran makanan antarabangsa atas permintaan, Foodpanda, memulakan tahun 2019 dengan bayaran penghantaran lebih rendah bermula 1 Januari di seluruh negara.

Bayaran penghantaran bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya telah diturunkan kepada RM3 daripada RM5 manakala bayaran penghantaran bagi Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu dikurangkan kepada RM2.

“Kami mahu lebih ramai rakyat Malaysia dapat memesan apa-apa sahaja dari kedai mamak hinggalah kepada restoran mewah dan dihantar terus kepada mereka.

“Penurunan harga itu adalah cara terbaik bagi kami untuk menawarkan kepada pelanggan kami nilai yang lebih baik bagi wang mereka apabila memesan makanan kegemaran mereka,” kata Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das, dalam satu kenyataan, Jumaat.

Selain bayaran penghantaran rendah, pesanan minimum juga diturunkan kepada RM10 di seluruh negara. -Bernama

 

 

Sumber: Sumber

 

Apa Kata Anda?