Porsche terperosok bawah SUV

Hotel Hyatt Regency di sini, secara tidak sengaja meletakkan sebuah kereta Porsche Carrera di bawah sebuah kenderaan lain.

Difahamkan, ketika cuba meletakkan kereta mewah itu, beliau secara tidak sengaja menyebabkan ia memecut ke depan dan terperosok di bawah sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV).

Berikutan itu, polis segera dihubungi untuk membantu mengeluarkan pemandu yang tidak mengalami sebarang cedera itu dari kenderaan terbabit.

“Kali pertama melihatnya, saya fikir ia rakaman program televisyen atau filem, rupa-rupanya ia benar-benar terjadi,” kata seorang saksi, Jonathan Bayle.

Dalam pada itu, pihak polis sedang menyiasat bagaimana kemalangan itu boleh berlaku. – Reuters

 

Sumber: beritaharian

Apa Kata Anda?