Remaja ganti ibu bapa jaga dua adik

SEREMBAN: Ketika remaja lain menikmati kesenangan hidup bersama ibu bapa dan rakan, seorang remaja berusia 19 tahun sebagai anak sulung daripada lima beradik terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

Muhammad Hailfie Jasni yang bakal menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini kini bekerja sambil belajar bagi menampung kehidupan dua adiknya selepas kematian bapa pada awal tahun ini manakala ibunya pula meninggalkan mereka pada tahun 2016.

Dua adik yang dijaganya, Muhammad Hailzrul, 15, bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) manakala Normia Zahrah, 12, akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Dua lagi adiknya, Muhammad Hailrun, 18, dan Normi Azrina, 16, berada di bawah jagaan ibu saudaranya di Sepang.

Katanya, dia mencari ikhtiar hidup dengan bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera dengan gaji sebanyak RM500 sebulan selepas kem4tian bapa.

“Saya tidur tiga jam sehari. Rutin harian saya jam 8 pagi hingga jam 4 petang ke sekolah, jam 5 petang hingga tengah malam saya bekerja.

“Pada jam 4 pagi, saya mengulang kaji pelajaran sehingga jam 6 pagi. Selepas itu, saya menyiapkan sarapan, kelengkapan dan menghantar adik-adik ke sekolah dengan motosikal satu-satunya peninggalan arw4h bapa.

“Adik-adik adalah ny4wa saya dan harta yang bapa tinggalkan. Amanat akhir bapa, jangan sesekali berpisah. Sebab itu, saya bimbang jika mereka diambil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya ketika ditemui BH di rumah sewanya di Tmn Negeri Ampangan, di sini, hari ini.

Muhammad Hailfie berkata, dia meletakkan dirinya sebagai ibu, bapa, kakak, abang, imam, kawan dan guru kepada adik-adik.

Katanya, ketabahan bapa berjuang melawan peny4kit k4nser tiroid sehingga nafas terakhir demi anak-anak dijadikan pembakar semangat setiap kali dia berasa sedih dan kecewa.

“Saya masih ingat pada 2016, ibu bercer4i dan meninggalkan arw4h abah selepas disahkan menghidap usus pecah. Ketabahan arwah amat luar biasa. Selepas seminggu menjalani pembed4han, dia terus kembali bekerja demi mencari nafkah untuk anak-anaknya.

“Malah ketika doktor memaklumkan jangka hayatnya tinggal tiga bulan sahaja lagi, arw4h tetap yakin dia boleh sembuh,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, demi memujuk hati arw4h bapanya, dia memberitahu tempoh tiga bulan itu bukan jangka hayat tetapi tempoh doktor menjaga bapanya untuk pulih seperti sedia kala.

Muhammad Hailfie pernah berjaya mencatat keputusan 6A ketika Sijil Pelajaran Malaysia tetapi memutuskan untuk mengambil STPM demi menjaga adik-adiknya ketika arw4h bapa s4kit.

“Tiada lagi bermain futsal atau keluar makan dengan rakan-rakan. Kehidupan saya hanyalah untuk adik-adik.

“Perjalanan hidup adik-adik saya masih jauh. Arw4h bapa tidak meninggalkan harta benda tetapi mendidik kami adik beradik dengan nilai diri yang terbaik. Kami saling membantu dan melindungi satu sama lain,” katanya sebak.

Beliau yang bercita-cita menjadi pakar ekonomi berharap adik-adiknya menerima bantuan untuk persekolahan.

BH difahamkan JKM dan Baitulmal sudah menerima permohonan Muhammad Hailfie yang dikemukakannya sendiri, baru-baru ini.

“Saya menghubungi pemilik rumah sewa kami, Noor Ashikin Radzali memaklumkan tunggakan sewa selama enam bulan belum dapat dibayar, harap Baitulmal luluskan permohonan,” katanya.

Orang ramai yang sudi menyumbang boleh terus ke akaun CIMB Muhammad Hailfie iaitu 7623759441 atau menghubungi 011-21098195.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda?