Saleem Iklim Kembali Ke Rahmatullah

Penyanyi terkenal, A.M. Salim Abdul Majeed atau lebih sinonim dengan nama pentasnya, Saleem dilaporkan meningg4l dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pukul 6.15 pagi tadi.

Memetik laporan Utusan Online, berita berkenaan telah dimaklumkan oleh anak tirinya, Iera Fakhira, 29 tahun.

Difahamkan, jenazah Allahyarham ketika ini masih lagi berada di hospital akan dibawa ke Surau As-Syakirin di Bukit Mahkota, Cheras.

Terdahulu, Saleem bersama kumpulan Iklim sedia dikenali dengan barisan lagu malar segar seperti Suci Dalam Debu ini dimasukkan hospital akibat kemalangan jalan raya pada 21 September lalu.

Kemalangan tersebut telah menyebabkan bintang terkenal itu mengalami patah tulang rusuk.

Video:

Sumber: Utusan

Apa Kata Anda?