Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun menemui seekor kucing yang mempunyai persamaan dengan dirinya, warna mata kiri dan kanan yang berbeza dan bibir sumbing

Seorang kanak-kanak lelaki yang selalu dibuli di sekolah telah menemui teman hidupnya yang mempunyai persamaan dengan keadaan dirinya, dan teman hidupnya itu adalah seekor kucing. Madden, 7 tahun dari Oklahoma dilahirkan dengan bibir yang sumbing dan heterochromia iridum (warna mata yang berbeza).

“Minggu lepas, seorang kawan menghantar gambar kucing di dalam kumpulan ibu sumbing. Anak kucing ini ditemui oleh kumpulan penyelamat di Minnesota,” ibu Madden, Christina Humphreys memberitahu Love What Matters.

“Kami tahu bahawa kucing ini ditakdirkan untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Bukan sahaja ia mempunyai bibir sumbing seperti Madden, ia juga mempunyai warna mata kiri dan kanan yang berbeza seperti Madden. Mereka memang ditakdirkan menjadi sahabat terbaik.”

Madden menganggap pertemuan antaranya dengan anak kucing yang diberi nama Moon itu merupakan keajaiban dalam hidupnya. “Heterochromia iridum adalah apabila sebahagian iris mempunyai sekurang-kurangnya dua warna. Lengkap heterochromia iridum, di mana warna mata adalah sama sekali berbeza. Keadaan ini agak jarang berlaku, hanya 1%  daripada jumlah penduduk di dunia.”

“Kami tahu bahawa kehadiran kucing ini dalam hidup kami merupakan satu takdir dan bukannya kebetulan. Moon dan Madden adalah sahabat yang sempurna untuk satu sama lain. Kami tidak mengendahkan kata-kata kecaman daripada pembuli, kami lebih memilih untuk mengejar cinta. Saya fikir ia selamat untuk mengatakan bahawa kucing ini adalah cinta, dan pastinya bermaksud menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup kami dan perjalanan hidup Madden.”

Persahabatan yang unik dan luar biasa antara Madden dan Moon

Christina Humphreys

Kedua-duanya mempunyai bibir yang sumbing dan warna mata kiri dan kanan yang berbeza

Christina Humphreys

Takdir menyatukan mereka berdua

Christina Humphreys

“Saya sangat kagum apabila mendapat tahu tentang kucing ini, dan berterima kasih kepada rakan-rakan dan orang yang tidak dikenali yang sanggup membantu kami mendapatkannya, dan memeliharanya”

Christina Humphreys

“Moon membantu Madden sedar bahawa dilahirkan secara unik adalah sesuatu yang luar biasa; ia adalah magis”

Christina Humphreys

Persamaan yang unik dan luar biasa!

Christina Humphreys

Walaupun baru berusia 7 tahun, Madden telah melalui pelbagai dugaan dalam hidupnya

Christina Humphreys

Beliau telah menjalani enam pembedahan

Christina Humphreys

Dan akan menjalani banyak lagi pembedahan pada masa akan datang

Christina Humphreys

“Terdapat beberapa kanak-kanak yang mengatakan beliau hodoh, kata-kata yang memberi kesan dalam dirinya. Ia benar-benar mematahkan semangatnya “

Christina Humphreys

“Buli adalah kelakuan yang tidak bermoral, tetapi satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah cuba mengubah persepsi kami terhadap pembuli”

Christina Humphreys

Kanak-kanak ini menceritakan pengalaman pahitnya dan cara beliau menangani pembuli dalam video anti-buli

Madden juga mempunyai dua orang adik beradik lelaki

“Kami penuh dengan kekurangan, sama seperti setiap manusia lain, tetapi kami akan sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk menunjukkan kebaikan kepada orang lain,” kata ibunya

Christina Humphreys

Sumber: Facebook | Instagram (h/t lovewhatmatters)

Era Baru

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: Sumber

Apa Kata Anda?