Perlukah Wanita Yang Datang Haid Mandi Wajib Dengan Kukunya Yang Telah Dipotong?

Soalan : Saya nak bertanya jika seorang perempuan yang datang haid, kemudian dalam tempoh haid itu dia memotong kuku tangan dan menyimpan kuku. Apabila ingin mandi wajib perlukah kuku itu juga dibersihkan sekali dengan niat mandi wajib?

Jawapan :

Seseorang yang junub, atau dalam keadaan haid, atau nifas di bolehkan menggunting rambutnya, kukunya sebelum mandi. Sebaik-baiknya selepas potong kuku dan gunting rambut maka semuanya ditanam jangan dibuangkan merata tempat. Yang haram bagi seorang yang sedang dalam keadaan junub (termasuk datang bulan) untuk dia kerjakan adalah amalan-amalan keagamaan yang bersyarat dengan adanya wuduk seperti solat sunat dan wajib.” 

Justeru, kita mengetahui tidak disyaratkan adanya wuduk untuk memotong rambut atau kuku. Dan atas dasar penjelasan di atas, kita dapat mengatakan bahawa tidak ada larangan (dalam erti kata haram) untuk membuang rambut yang gugur dan memotong kuku seperti mana yang saudari tanyakan.

Video:

Sumber: Tanyalahustaz

Apa Kata Anda?