Bina Jambatan Besar Hanya Untuk Ketam Melintas Jalan Raya

Secara umumnya kita ketahui bahawa, jambatan dibina untuk kita sebagai manusia untuk memudahkan perjalanan. Jarang sekali ia dibina besar khas untuk binatang. Namun berbeza pula di pulau ini. Pulau yang diberi nama pulau Christmas sememangnya terkenal dengan kewujudan berjuta ekor ketam merah yang sedang bermigrasi daripada dalam hutan ke tepi pantai. Banyangkan anda berada diantara bejuta-juta ekor ketam yang sedang berjalan memenuhi jalan raya?

Oleh kerana jumlahnya yang terlalu banyak, penduduk di pulau Cristmas ini telah mencipta jambatan dan laluan khas untuk ketam-ketam itu bergerak menuju ke tepi pantai, bagi mengelakkan ketam tersebut dilanggar kenderaan.

Jambatan yang telah disiapkan khas untuk pengguna ketam sahaja. 

Ketam merah yang berkumpulan cuba berpindah tempat.

Seorang ibu kepada 3 orang anak yang juga merupakan penduduk di pulau berkenaan sejak 10 tahun lalu berkata, kejadian seumpama ini adalah sangat menakjubkan dan mungkin tidak dapat dilihat di kawasan atau tempat lain.

 

Sumber: Christmas Island & Era FM via penhitam

Apa Kata Anda?