Saintis: Makan Tom Yam Boleh Rendahkan Risiko K4nser

Siapa sangka makanan tom yam antara hidangan sihat yang boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser. Tapi, perlu tahu cara yang betul untuk dapatkan tom yam yang berkhasiat.

Menurut Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berkata, ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan kanser berbanding makanan lain.

Menurutnya lagi, makan tom yam merendahkan risiko kanser usus besar. Namun bahan-bahan yom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Paling penting, perlu kurangkan penggunaan MSG.

Menurut Dr Suri, daun ketumbar yang digunakan untuk memasak tom yam bersifat antioksidan. Ia juga bagus untuk mereka yang mengalami masalah diabetes, mengawal gula dalam darah dan bagus untuk mereka yang ada masalah saraf.

Serai pula bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payudara. Daun limau purut pula kaya dengan antioksidan dan terbukti menunjukkan daun ini bertindak sebagai anti kanser berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas tikus.

Apa Kata Anda?