Seorang pelanggan menyamar sebagai ‘lelaki biasa’ untuk membeli kereta mewah tetapi tidak diendahkan. Akhirnya, mereka menyesal tak sudah!

Dalam zaman sekarang, penampilan seseorang menjadi salah satu kriteria penting bagi mendapatkan pandangan yang baik daripada orang luar. Malah, majoriti manusia akan menilai seseorang berdasarkan penampilan mereka.

Jika mereka berpakaian selekeh, mereka tidak mempunyai pekerjaan yang bagus dan tiada masa depan. Tetapi, jika seseorang itu kelihatan sentiasa bergaya, individu itu sentiasa dilayan dengan baik, dianggap berasal daripada golongan atasan dan bermacam-macam lagi!

Maxman TV telah menjalankan satu eksperimen sosial bagi melihat sama ada penjual kereta akan menilai seseorang pelanggan hanya berdasarkan kepada penampilan mereka.

Pada mulanya, pelanggan yang berpotensi ini telah memasuki ruang pameran kereta dengan menaiki kereta tempatan. Bukan setakat itu, lelaki ini turut memakai baju putih biasa dan menyebabkan penjual kereta tidak yakin dengan kemampuan lelaki itu untuk membeli kereta mewah.

Pelanggan ini memaklumkan bahawa dia tertarik untuk membeli sebuah kereta laju. Dia kelihatan sangat teruja sambil bertanyakan pelbagai soalan tentang harga, spesifikasi dan juga kelajuan maksimum kereta berkenaan.

Bagaimanapun, penjual berkenaan yang masih tidak yakin sempat bertanyakan mengenai gaji bulanan lelaki tersebut bagi melihat sama ada lelaki itu benar-benar berkemampuan atau tidak.

Di samping itu, permintaan pelanggan ini untuk melakukan pandu uji kereta itu turut ditolak mentah-mentah oleh si penjual. Bahkan, mereka turut melakukan pelbagai cara untuk ‘menghalau’ pelanggan itu.

Pada mereka, lelaki ini kelihatan tidak mampu untuk mendapatkan kereta mewah, jadi untuk apa mereka membazir masa melayannya.

Apa yang mereka tidak tahu adalah, gelagat mereka melayan ‘pelanggan’ tersebut telah dirakamkan. Namun begitu, sebaik sahaja mereka menyedari bahawa mereka telah kehilangan seorang pelanggan yang mampu dan sanggup untuk membayar jutaan ringgit bagi mendapatkan kereta tersebut, mereka tergamam!

Tonton video penuh tentang bagaimana penampilan boleh mengubah cara pandangan dan layanan seseorang:

 

Sumber: ELITE READERS via erabaru

Apa Kata Anda?