[VIDEO] “Cik B Taknak PA!”- Dato’ Seri Vida Pujuk Cik B Untuk Adakan Pembantu Peribadi

Dato Vida merupakan seorang usahawan dan jutawan wanita dengan syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd yang mempunyai ratusan pekerja.

Pernah menaja program tv seperti Gegar Vaganza, Mentor Milenia TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL29). Penajaan pada AJL29 mencecah RM3 juta manakala GegarVaganza pula hampir RM2 juta.

Hebat sungguh skill marketing beliau! Slogan dan tagline produknya yang terkenal iaitu – qu puteh, qu puteh, barulah putih! (sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan)

Dato Vida juga pernah menjadi ibu tunggal selama bertahun-tahun dan membesarkan anak secara berseorangan sebelum berkahwin semula dan bercerai semula.

Baru-baru ini DSV ada memuatnaik video mengenai anak perempuannya, Cik B. Klip tersebut menunjukkan DSV cuba memujuk anak kesayangannya itu supaya menerima seorang PA atau personal assistant untuk mengurus jadual hariannya.Namun, Cik B menolak pelawaan ibunya dan berkeras tidak mahu mempunyai pembantu peribadi.

VIDEO : 

DSV menyatakan akan berusaha memujuk anak perempuannya itu untuk menerima seorang pembantu peribadi dan menawarkan jawatan tersebut di laman Instagram dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

Ehh comelnya Cik B nangis…

Untunglah Cik B ada PA…

Perlukan guru yang penyayang…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber: Sumber

 

Apa Kata Anda?