Waspada ‘Si Dasim’ Punca Rumahtangga Serba Tak Kena, Kerap Marah, Rasa Menyampah, Prasangka Buruk Pada Pasangan.

Iblis menangis meraung masa kita nikah! tapi itu blm berakhir, dia tetap berusaha untuk meruntuhkan masjid yang dibina, pernah dengan ada orang yang dah 40tahun kawin masih mahu bercerai – berai, alasan? tak ada jodoh! itu sebenarnya iblis punya rancangan!

Kadang tu, rasa nak marah je! tgk muka pun meluat! tapi hati rasa sayang! bila berjauhan rasa rindu! bila bertemu mcm anjing dgn kucing! pernah tak rasa mcm tu?

Buat itu salah, buat ini salah, pasangan buat baik rasa prasangka buruk, pasangan tak buat baik rasa tidak disayangi..

Ada je tak kena! itu sebenarnya! iblis dan syaitan dah hampir berjaya laksanakan tugas dia! jangan bagi dia berjaya!

Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga kita aman dan bahagia!

Kenal Dasim?

Dasim : menutup dan mengunci yang kotor dan kusut. Maksud nama dia je dah melambangkan kejahatannya!

Punyalah jahat iblis bernama Dasim ni, dia punya kerja buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!

Ada fakta mengatakan yang bergaduh tanpa sebab ini lagi teruk dari bergaduh bersebab! kesannya lagi teruk! ya la kalau ada sebab kita boleh cari puncanya! tanpa sebab ni jalan terakhirnya berpisah! ya.. itu memang yang si iblis tu nak sgt!

Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri… bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut.. keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras… itu memang kepuasan si Dasim ni! jahat kan!!!

Apa Yang Terjadi?

Kesannya ya Allah.. rumah tanggan yang dibina tu akan jadi suram, akan jadi tawar dan ianya akan tak tenteram… terutama pada perempuan yang datang bulan, baru lepas bersalin atau tengah mengandung! memang Dasim ni suka la hasut!

Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab! ada yang sampai kesan sampingan iaitu suami isteri kehilangan anak2 dan juga turun naik mahkamah berebut harta benda dan anak2… jahat gila!

Impian dia tak nak tengok rumah tangga kaun adam ni bahagia! tak nak ada masjid terbina malah taknah tengok masjid yang dibina itu kekal!

Al-Munawi menjelaskan mengenai hadits ini,

إن هذا تهويل عظيم في ذم التفريق حيث كان أعظم مقاصد اللعين لما فيه من انقطاع النسل وانصرام بني آدم وتوقع وقوع الزنا الذي هو أعظم الكبائر

“Hadits ini menunjukan peringatan yang sangat menakutkan tentang celaan terhadap perceraian. Hal ini merupakan tujuan terbesar (Iblis) yang terlaknat karena perceraian mengakibatkan terputusnya keturunan. Bersendiriannya (tidak ada pasangan suami/istri) anak keturunan Nabi Adam akan menjerumuskan mereka ke perbuatan zina yang termasuk dosa-dosa besar yang paling besar menimbulkan kerusakan dan yang paling menyulitkan” [Faidhul Qadiir II/408]

 

Memang syaitan punya kerja! tapi kerja kita tak boleh salahkan syaitan semata-mata, kita kena dekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan rumah tangga!

5 TIPS ELAKKAN DASIM, JIN, IBLIS SYAITAN & GENGNYA! :

1. Bila tengah marah! MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak! tarik nafas dan lari dari kawasan bergaduh tu… cari tempat yang menenangkan dalam rumah!

2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan tu! jangan tunggu lama-lama

3. Amalkan makan dan solat bersama -sama, BACA DOA SAMA – SAMA. Ketika itulah si Dasim ni mulakan kerja dia. Dia bagi kita lupa ALLAH masa kita lapar & dahaga….

4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah2 yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu orang orang tua selalu pesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik2 yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila kira azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu.

5. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam juamaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat! kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak2 buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat2 suci berkumandang dalam rumah kita!

Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! dari hari pertama kita nikah shj dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesata!

Allahuakbar! selamatkanlah rumahtangga kita! Amin! jauhilah rumahtangga kita dari godaan syaitan dan iblis! moga rumahtangga kita kekal hingga ke Jannah! amin..

Kredit : Viral Oh Viral

Apa Kata Anda?