5 Khasiat Minum Air Halia Panas Untuk Wanita Amalkan

Sama ada memasukkan hirisan halia dalam air putih, teh atau direbus bersama bahan lain, penggemar air halia panas tetap sahaja akan mendapat banyak khasiat daripadanya.

Bukan sahaja membantu melangsingkan tubuh, ia juga berupaya membuang angin dalam badan malah menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit.

Manakala bagi wanita yang sudah berkahwin juga mendapat manfaat tersendiri dari minuman ini. Jadi jika anda belum mengamalkannya, bolehlah mulakan dari sekarang.

Berikut 5 khasiat minum air halia panas untuk wanita amalkannya :

  1. Turunkan berat badan

Halia mengandungi unsur yang boleh membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan. Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet.

Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama. Logiknya, ketika mengambil sedikit kalori dan membakar lebih banyak kalori maka berat badan akan lebih cepat turun.

  1. Atasi masalah pencernaan

Jika anda menghadapi masalah perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan, cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah tersebut.

  1. Sistem imun tubuh makin kuat

Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu membersihkan sistem limfa, merangsang penyingkiran toksik dan bahan tidak berguna dari badan dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.

Ianya turut membantu meningkatkan tahap metabolisma badan. Ambil 30 gram halia setiap hari untuk setiap cawan teh ataupun minuman lain untuk membantu badan berfungsi dengan lebih baik.

  1. Hilangkan loya ketika hamil

Minum air halia antara petua untuk mengatasi rasa loya atau mual sama ada kerana mabuk laut dan kehamilan. Apabila meneguk minuman ini otot-otot perut akan relaks dan melenyapkan rasa mual.

  1. Hangatkan hubungan intim

Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semulajadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk hubungan intim juga akan bertambah terutama buat mereka yang merancang menambah zuriat.

Kesimpulan

Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tidak rugi jika kita mengamalkannya demi kebaikan diri. Orang lelaki juga boleh mengamalkan.

 

Sumber: tvdakwah

Apa Kata Anda?