5 Makanan Yang Mampu Meningkatkan Sistem Imun Dan Melawan Demam Serta Selesema.

Musim demam dan selesema adalah satu peny4kit yang mudah menyerang kita semua apatah lagi dengan keadaan cuaca negara yang panas dan lembap sepanjang tahun.

Sewaktu diserang peny4kit ini, kita seringkali akan mengambil ubat bagi menanganinya namun kesan ubat tersebut tidaklah cepat seperti yang kita mahukan.

Justeru, kami akan kongsikan lima makanan terbaik bagi meningkatkan tahap imunisasi badan anda terhadap demam dan juga selesema.

#1 Sup ayam

Kredit: pixabay.com

Kajian menunjukkan sup ayam mampu melegakan selesema disebabkan terdapatnya asid amino di dalam ayam. Bahan ini dipercayai mampu mengurangkan lendiran hingvs sekali gus mengatasi masalah hidung tersumbat.

Pada masa yang sama, bahan masakan lain di dalam sup ayam seperti mi dan juga sayur mampu meningkatkan lagi ‘kuasa penyembuhan’ sup berkenaan. Hal ini demikian kerana kandungan karbohidrat pada mi dapat membantu meningkatkan paras tenaga manakala sayur pula akan meningkatkan kadar nutrien dalam sup serta sistem imun.

#2 Madu

Kredit: pixabay.com

Madu merupakan salah satu bahan semulajadi yang memiliki 1001 khasiat. Kajian mendapati madu mampu mengurangkan batuk kerana ianya berfungsi menyaluti lapisan tekak sekali gus melegakan anda.

Malah, madu juga dikatakan mempunyai kesan yang lebih efektif berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Jadi, daripada menggunakan gula mahupun susu pekat manis di dalam minuman, bukankah lebih baik jika anda menggantikan pemanis minuman ini dengan madu?

#3 Teh hijau

Kredit: pixabay.com

Kandungan ‘catechin’  di dalam teh hijau dapat memperkasakan lagi minuman ini sebagai salah satu makanan yang mampu meningkatkan sistem imunisasi. Bukan sahaja itu, ia juga dapat melegakan s4kit tekak dan membantu mencairkan k4hak.

Menurut pakar pemakanan Jennifer Mc Daniel, Catechin adalah antioksidan yang telah terbukti membantu dalam pencegahan virvs. Apabila anda s4kit, teh hijau dapat mengurangkan virus.”

#4 Bawang putih

Kredit: pixabay.com

Kandungan antioksida yang tinggi di dalam bawang putih dikatakan bertindak menghalang selesema daripada menjangkiti anda atau memendekkan tempoh penyakit itu.

Anda tidak perlu memakan bawang putih secara mentah untuk memperoleh manfaatnya. Sebaliknya, anda juga boleh mengambil suplemen dari bawang putih sama ada dalam bentuk serbuk, minyak mahupun patinya bagi melindungi tubuh daripada diserang kuman.

“Ada kajian menunjukkan apabila individu itu mengambil suplemen bawang putih selama sekurang-kurangnya 12 minggu, mereka akan kurang dijangkiti selesema.”

#5 Sayuran yang kaya dengan Vitamin A

Kredit: Glam Lelaki

Setiap jenis vitamin adalah penting untuk kesihatan tubuh manusia namun Sekolah Perubatan Harvard menjelaskan bahawa vitamin A adalah penting bagi memperkasakan sistem imun badan.

Antara sayuran yang kaya dengan vitamin A adalah seperti lobak merah, keledek dan juga bayam. Reader’s Digest menyatakan bahawa memakan sayur-sayuran ini ketika demam membantu mengurangkan simptom peny4kit tersebut.

Sumber: Erabaru

Apa Kata Anda?