8 Kegunaan Lain Ubat Kumur Mulut Yang Kita Jarang Ketahui.

8 Kegunaan “Listerine” Selain Berkumur Yang Ramai Tak Tahu, Jangan Terkejut!

lis

Kini ubat kumur sering menjadi pilihan orang ramai untuk mencuci dalam mulut.

Listerine, seperti ubat kumur yang lain ia terbukti membasmi bakteria di dalam mulut kita.

Untuk pengetahuan, selain sebagai ubat kumur, Listerine boleh digunakan untuk pelbagai perkara lain.

Ini antara kegunaan lain Listerine:

1) Membersihkan berus gigi

Setelah anda memberus gigi dan berkumur, adakah anda pernah terfikir untuk membersihkan berus gigi anda? Anda dapat membasmi bakteria yang mungkin bersarang pada berus gigi anda dengan merendamnya di dalam Listerine selama 10 minit.

2) Membasuh bilik air

Tuang setengah gelas Listerine di atas lantai dan berus seperti biasa. Bilik air anda akan bebas bakteria dan wangi.

3) Antiseptik untuk lvka

Salah satu kandungan terbesar Listerine adalah antiseptik. Anda boleh sapu pada lvka untuk mengelakkan jangkitan.

4) Membersih cermin

Tuangkan sedikit Listerine pada kain bersih dan lap cermin.

5) Pengganti deodorant

Kehabisan deodorant untuk menghadiri acara penting? Celupkan kapas ke dalam Listerine lalu sapu di bawah lengan anda.

6) Penghilang kelemumur

Gosok kepala anda yang telah dilumuri dengan Listerine, lalu cuci rambut anda seperti biasa.

7) Mengurangi gatal

Jika anda digigit serangga, sapukan Listerine pada tempat yang digigit, ini akan mengurangi rasa gatal pada kulit.

8) Pembersih Skrin TV

Anda boleh menggunakan Listerine untuk membersihkan skrin komputer dan TV jika anda kehabisan pembersih khusus.

 

Sumber: PenMerah

Apa Kata Anda?