Bersangka Baik Dengan Allah

Soalan:

Saya dengar ada orang kata, antara ucapan Nabi sebelum waf4t yang seseorang itu tidak m4ti kecuali bersangka baik kepada Allah atau seumpamanya. Boleh terangkan kepada kami hadis tersebut?

Jawapan:

Ya, berdasarkan kepada hadis Jabir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tiga hari sebelum Baginda waf4t:

لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

Ketahuilah bahawa seseorang dari kamu tidak akan pergi melainkan dia telah bersangka baik kepada Allah. [Riwayat Muslim (2877)]

Antara maksud dalam hadis ini adalah wajib bagi setiap orang yang beriman untuk bersangka baik dengan Allah. Dan ini hendaklah ditambah lagi sangkaan baik ketika mana berlakunya musibah dan hampir pergi.

Kata al-Hattab: Sunat bagi orang yang dalam sakit sakaratul bersangka baik dengan Allah. Dan sangkaan ini hendaklah bertambah ketika hampir m4ti dan ketika s4kit. Ini tanpa dinafikan sangkaan baik bagi orang yang mukallaf hendaklah sentiasa kepada Allah. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 10/220 dan Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 17/10)

Semoga Allah jadikan kita sentiasa bersangka baik dengan Allah dan menempatkan kita di kalangan orang-orang yang soleh dan mencintai Nabi-Nya SAW sehingga ke akhir hayat.

+ Mufti Wilayah Persekutuan

 

Sumber: OhMedia

Apa Kata Anda?