Kenapa Mat Salleh Suka Minum Jus Oren Waktu Pagi?

Perasan tak bila setiap kali lihat filem atau drama dari barat terutamanya Amerika Syarikat pasti anda babak waktu pagi dimana pelakon sedang meneguk jus oren. Sudah seperti kemestian mereka untuk ambil jus oren sebagai menu sarapan. Samalah seperti kita di Malaysia iaitu teh tarik atau kopi panas.

Namun kenapa agaknya Mat Salleh lebih suka mengambil jus oren berbanding minuman lain pada sarapan pagi. Mesti ada kelebihan dan manfaat tersendiri. Jom bongkar… 

Jadi lebih segar

Kandungan gula semulajadi dalam oren akan membantu anda terasa lebih segar dan bertenaga. Kajian juga mengatakan warna ceria buah oren juga memberi stimulasi bagus untuk konsentrasi dan meningkatkan tenaga. 

Penyerapan nutrisi

Dikatakan juga penyerapan nutrisi pada waktu pagi lebih baik kerana ketika itu perut kosong dan bersedia menerima apa sahaja kebaikan. Jadi minum jus buah ketika itu telah menjamin anda mendapat pelbagai kebaikan vitamin dan nutrisi.

Foto – Inspired Taste

Metabolism tinggi

Sistem penghadaman juga jadi lebih bagus dan sekaligus memberi anda metabolism yang tinggi. Senang kata, jus oren memudahkan pencernaan anda. Pagi-pagi badan dah terasa ringan.

Namun anda harus berwaspada, dikhuatiri asid dalam jus oren boleh memberi kesan senak atau tidak selesa pada perut yang sensitif. Lebih lagi pada mereka yang kerap terkena ulser perut. 

 

Sumber: Wanista

Apa Kata Anda?