Petua Tradisional Untuk Cantik

Pelbagai petua lama boleh digunapakai untuk manfaat kecantikan. Meskipun sudah lama, petua sememangnya tidak lapuk dek zaman dan bersifat malar segar. Walaupun ada yang mungkin agak tidak masuk akal, ia kekal sebagai petua. Jadi tiada salah mencuba petua lama demi untuk kesihatan dan kecantikan diri.

1. Rambut sihat ikal mayang:

Rambut mahkota wanita. Ada wanita sanggup berhabisan ratusan ringgit setiap bulan demi menjaga dan merawat rabun. Itu belum termasuk mewarnakan rambut untuk menutupi rambut putih (uban) apabila usia meningkat.

Untuk mengelak uban cepat muncul di kepala, sapu atau lumur rambut dengan minyak kelapa atau minyak tanak dua hingga tiga kali seminggu. Lebih elok sekiranya disiplin ini diamalkan sejak usia muda kerana akar rambut akan menjadi kuat dan sihat seterusnya mengelakkan rambut menjadi rosak dan beruban.

2. Kening cantik terbentuk:

Kening mampu merubah iras wajah wanita. Bagaimanapun ada wanita tidak akan sekali-kali membuang kening walaupun sedikit. Justeru, ambil sehelai daun kelapa, bakar sehingga jadi hangit berwarna hitam. Hancurkan dan gaul bersama minyak kelapa atau minyak zaitun.

Sapukan pada kening dan bentukkan dengan jari atau lidi seperti anda membentuk kening mengikut keselesaan sendiri. Jika diamalkan sentiasa dan dilakukan sejak usia remaja, kening akan terbentuk cantik dan rapi seolah-olah anda memantisnya sentiasa.

3. Kulit wajah cerah berseri

Kulit wajah dianggap sebagai aset penting bagi wanita kerana ia juga ibarat mahkota. Andai kulit wajah cerah dan sihat, individu yang melihat pasti tahu anda mempunyai rejim teratur menjaga kulit wajah. Antara disiplin yang boleh dilakukan ialah memakai masker atau pupur bagi mengekalkan kulit bersih dan cerah.

Tidak semestinya memakai pupur mahal, anda boleh membuat sendiri pupur berkenaan. Uncang teh yang sudah tidak digunakan, keluarkan serbuk teh dan campurkan dengan dua sudu kecil susu tepung menggunakan air suam.

Adun sebati dan lumurkan pada wajah. Biarkan ia kering seketika dan gosok perlahan pada wajah. Bilas dengan air suam sekali lagi dan wajah akan terasa segar dan mulus

 

Sumber: kifarahmedia

Apa Kata Anda?