Jika Kaki Mempunyai Bentuk X, O Atau Xo, Maka Berhati-hati

Tidak ramai orang yang memiliki bentuk kaki sempurna. Setiap orang pasti berasa tidak berpuas hati dengan bentuk kaki mereka. Bentuk kaki paling biasa ditemui adalah bentuk kaki XO.

Untuk mengetahui bentuk kaki sendiri, berdiri tegak dan rapatkan kedua kaki. Perhatikan garis di kedua belah kaki.

Jika tumit dan lutut anda boleh dilurus dan dirapatkan, maka anda memiliki bentuk kaki yang normal.

Jika kedua kaki boleh dirapatkan, tetapi lutut pula tidak boleh, dan lutut mengarah keluar, maka anda memiliki bentuk kaki O.

 

Sekiranya lutut anda boleh dirapatkan, tetapi kedua kaki pula tidak boleh dirapatkan , maka anda memiliki bentuk kaki XO.

Ramai orang menganggap mereka memiliki kaki XO, tetapi sebenarnya kaki mereka berbentuk O. Jangan pula tersalah anggap.

Di bawah adalah cara memperbaiki bentuk kaki anda :

Kaki Bentuk O

Senaman 1

1. Kaki kanan dibengkokkan dan letak ke hadapan, lutut kiri pula menyentuh tikar senaman seperti dalam rajah.

2. Kedua belah tangan diletakkan di hadapan lutut kiri, sambil telapak tangan menghadap ke bawah.

3. Tarik nafas dan angkat tangan anda ke atas kepala. Tarik nafas 5 kali dan ganti sisi.

Senaman 2

1. Duduk di atas lantai dan luruskan kaki.

2. Bengkokkan lutut dan letakkan kaki kanan di samping kaki kiri anda seperti pada rajah. Letakkan tangan kanan anda di atas lantai, dengan jari-jari menghadap ke luar, sambil posisi mendukung tubuh.

3. Bengkokkan tangan kiri dan kemudian letak siku di atas kaki kanan. Tarik nafas dan kemudian duduk secara menegak.

4. Pusingkan tubuh dan hembus nafas.

5. Lakukan sebanyak 5 kali, dan kemudian ganti sisi.

Senaman 3

1. Duduk di lantai.

2. Lipat kedua lutut, dengan kedua telapak kaki saling bersentuh.

3. Pegang betis, tarik nafas dan tegakkan punggung.

4. Hembuskan nafas, condongkan tubuh ke hadapan, letakkan kedua belah tangan di atas lantai. Tahan posisi selama 30 saat dan kemudian ulangi senaman sebanyak 5 kali.

Kaki Bentuk X

Senaman 1

1. Baringkan diri secara telentang dan bengkokkan kedua belah kaki. Jarak kedua kaki perlu lebih besar daripada kedua bahu. Posisi kedua tangan diletakkan secara lurus seperti di dalam gambar.

2. Anjakkan pinggul ke atas, gunakan bahu dan punggung sebagai penahan tubuh. Tahan dan jangan bergerak selama 30 saat.

3. Kembali ke posisi awal dan ulang senaman sekali lagi sebanyak 5 kali.

Senaman 2

1. Baringkan diri secara terlentang dan bengkokkan kedua belah kaki. Kedua tangan diletakkan pada posisi lurus seperti dalam gambar.

2. Angkat kaki kanan ke atas, tahan selama 2 hingga 3 saat.

3. Kawal kekuatan punggung, dan kemudian secara perlahan kembali ke posisi asal. Lakukan senaman sebanyak 5 kali.

4. Beralih kepada kaki kiri dan ulangi gerakan yang sama sebanyak 5 kali.

Kaki Bentuk XO

Senaman 1

1. Duduk di atas lantai dan kaki ditempatkan ke belakang seperti dalam gambar. Kedua tangan berada di belakang kepala.

2. Letakkan punggung ke atas lantai perlahan-lahan dan ulangi.

Senaman 2

1. Duduk bersila, dengan kedua telapak kaki saling menyentuh.

2. Pegang kaki anda, tekan badan ke bawah sehingga anda dapat merasakan ketegangan di bahagian dalam paha. Pertahankan postur selama 15 hingga 30 saat. Kembali ke postur awal dan ulangi.

Anda harus memerhatikan diri :

1. Jangan kerap duduk bersila, atau berada pada posisi menyangkung dan membongkok pada waktu yang lama.

2. Ketika berdiri, jangan bertahan dengan salah satu kaki untuk waktu yang lama. Jangan lupa untuk meluruskan dan meregangkan kaki pada satu-satu masa.

3. Jangan kerap memakai kasut tinggi, jika tidak perlu jangan memakainya.

4. Apabila berjalan, sentiasa berjalan dengan posisi tegak dengan mata memandang ke hadapan, dengan tangan beralun lurus ke hadapan secara semula jadi.

Diharap tips ini akan bermanfaat kepada anda.

Sumber: Erabaru

Apa Kata Anda?