“Makan P1l Minda Tak Jadikan Anda Genius”.

Sekarang ini banyak jenis p1l yang dijual di pasaran kononnya boleh mengubah minda dan menjadikan seseorang itu genius. Lebih mengejutkan, penjualan ‘p1l minda’ turut berleluasa di kalangan guru-guru.

Perkara itu mendapat perhatian Dr. Amalina Che Bakri yang menyel4r tindakan guru yang terlibat dan menyifatkan perbuatan itu tidak beretika serta perlu dilaporkan.

Menurut Amalina lagi, makan p1l minda tidak akan menjadikan seseorang itu bijak seperti ahli fizil Albert Einstein. Katanya, kunci utama untuk berjaya dalam pelajaran adalah kerja keras serta diet yang sihat.

Amalina turut menggesa dan meminta Menteri Pendidikan, Mazlee Malik untuk mengambil tindakan sewajarnya kepada guru yang terlibat.

Dalam pada itu, Amalina memberitahu dia tidak pernah sesekali mengambil ‘p1l minda’. Amalina juga turut mendedahkan, selepas keputusan SPM diumumkan, dia pernah ditawarkan bayaran tinggi untuk mempromosikan produk ‘kismis minda’ namun dia menolak tawaran tersebut.

Sumber: IslamItuIndah

Apa Kata Anda?