“Alhamdulillah! Isteri Alif Satar Hamil Anak Ketiga.

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular Alif Satar mengesahkan bahawa isterinya, Shadila kini sedang hamil anak ketiga.

Menerusi entri di Instagram (IG), Alif berkongsi berita itu kepada pengikutnya dan berharap orang ramai dapat mendoakan kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.

“Ariana here taking notes from the more experienced Alisha. So, cerita dia macam ni. Korang semua macam boleh ‘magically’ teka from a white folded piece of paper that it was an ultrasound (2 post sebelum ni).

“Don’t know how some of you did it, but tekaan korang betul. Jadi berita gembira dikongsikan.

“Alhamdulillah we’re expecting our 3rd child, Alif minta doa anda semua agar kandungan ni sihat dan semuanya berjalan dengan lancar.

“God bless! My living room penuh dengan glitter dari lip balm yang aku beli kat Primark untuk 2 budak kecik ni,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar segalanya dipermudahkan dan mengucapkan tahniah kepada Alif serta isterinya.

Alif dan Shadila yang berkahwin pada 15 September 2014 dan sudah dikurniakan dua orang puteri bernama Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.

“Kat Tangan Tu Macam Print Out Ultrasound Je,” – Ramai Speku Isteri Alif Satar Hamil Anak Ketiga, Termasuk Rakan Artis!

Posting terkini penyanyi dan pengacara, Alif Satar menerusi Instagram menimbulkan tanda tanya ramai apabila secara spontan, para peminat termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah buat dirinya dan isteri, Shadila Halid.

Semuanya mungkin gara-gara sekeping kertas yang dipegang pelakon Pengantin Musim Salju itu dengan kapsyen yang bagai memberi makna.

“Back home with love,” tulisnya.

Malah, ada juga peminat yang turut bertanyakan perkara sama, sama ada isterinya itu kini hamil lagi.

Bagaimanapun, baik Alif dan isteri, keduanya mengambil pendirian untuk tidak memberi apa-apa komen terhadap komen yang ditinggalkan.

Hanya Shadila yang memberi komen emoji berbentuk hati.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 15 September 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Sinarviral

Apa Kata Anda?