Baru nak ambil sijil nikah ke?: Shakilla Khoriri

PELAKON, Shakilla Khoriri berkongsi dia berdepan dengan pelbagai dugaan sepanjang tempoh kehamilannya.

Kata pelakon Air Mata Di Bumi Matador itu, meskipun pada anggapan masyarakat dugaan yang dilalui Shakilla sekarang kecil, namun tidak pada pasangan suami isteri ini.

“Tapi orang mesti ketawakan aku sebab rasa dugaannya macam sebesar zarah. Ya Betul. Tapi BESAR buat aku dengan Fizi yang kecil dekat mata Dia.

“Macam-macam yang datang sepanjang aku pregnant ni. Dalam boleh tak boleh aku, dalam sedih tak sedih aku, dah dekat 8 bulan aku tempuh.

“Aku kuat sebab Fizi, baby and of course family aku. Syukur aku dengan Fizi bukan jenis yang selesaikan masalah dalam keadaan stress,” tulis Shalilla di IG.

sijil2

 

sijil2

 

Shakilla, turut memberitahu, kepada suami isteri di luar sana selesaikanlah masalah rumah tangga sebaik-baiknya.

“Satu, satu ALLAH permudahkan urusan kita orang sampailah proses nak ambil sijil nikah tadi.

“Nak meletup baru ambil ke? Mesti sibuk honeymoon kata pegawai tu. Aku gelak dan dalam hati bestnya kalau aku honeymoon main salji.

“Tapi untuk pasangan yang baru atau lama berkawin tu TABAH dan mesti KUAT dalam masalah yang datang. Jangan sebab dugaan kita bergaduh bermasam muka dengan pasangan.

“Insya-ALLAH aturan ALLAH yang baik-baik untuk kita semua. Syukur kerana ALLAH uji kita dengan seberat mana pun dugaan sebab itu tanda Dia tak lupa kita. Ada ganjaran yang hebat. INGAT!,” coretnya lagi.

VIDEO :

Sumber : Media Online

 

Apa Kata Anda?