Doakan Kesihatan Azharina, “Belum Dapat Keputusan Doktor” – Demam & Muntah-Muntah Azharina Masuk Wad

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Azharina Azhar, 35, dimasukkan ke hospital, pagi semalam selepas mengalami muntah dan dem4m berpanjangan.

Kakak angkat kepada penyanyi lagu, Elegi Sepi itu, Nuraisyah Tan berkata, Azharina dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Puchong, dekat sini, kira-kira 10 pagi semalam selepas mengadu kejang urat.

“Sudah tiga hari dia dem4m dan muntah-muntah. Melihat keadaannya itu, saya segera menghubungi doktor, seterusnya membawa Azharina ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Dia dibenarkan pulang, namun masih muntah-muntah dan tidak berselera makan hingga mukanya pucat.

“Tidak sedap hati, saya bawa dia semula hospital, seterusnya ditahan di wad. Keadaannya ketika ini, masih lemah,” katanya.

Masih belum mengetahui punca sebenar peny4kit yang dialami penyanyi itu, Nuraisyah berkata, doktor pada mulanya mengesyaki Azharina menghidap denggi.

“Petang ini, doktor akan datang untuk ambil dar4h dan mengesan punca sebenar dia s4kit. Sangkakan dia ker4cunan makanan apabila kerap muntah, tetapi doktor pula mengesyaki Azharina menghidap denggi.

“Saya harap semua peminat dapat mendoakan kesihatan Azharina,” katanya.

Azharina beberapa jam lalu sempat berkongsi di laman sosial, Facebook mengenai keadaan kesihatannya.

“Alhamdulillah, saya sudah boleh duduk dan bercakap walaupun perlahan. Harap semua dapat memaafkan saya kerana sebagai insan biasa, ada masanya saya s4kit. Doakan saya sembuh,” katanya.

VIDEO :

Sumber : BH

Apa Kata Anda?