[FOTO] Isteri Mengidam Nasi Lemak Air Asia, Suami Ikhtiar Tempah Tiket Balik Hari

Mungkin kisah ini boleh menjadi inspirasi buat para suami di luar sana. Jika isteri mengidam benda-benda pelik iyekan jer dan tunaikan selagi termampu macam kisah brader ni yang viral di Twitter, baru-baru ini.

Khabarnya, brader yang bernama Azham ni telah memuat naik satu status di laman Twitter berbunyi:

“ Hi @AirAsia isteri saya mengandung anak ketiga dan dia mengidam nasi lemak pak nasser. Persoalannya, adakah nasi lemak ini dijual dekat luar?”

Brader ni turut memuatkan gambar screen shot kiriman whatsapp bersama isteri tercintanya itu.

Rakaman mesej isteri:

“B….nasi lemak air asia ada jual kat luar ke?

“Diorang nie citer sedap…(emoji)”

“Macam mne nak dpt..hihi”

Rakaman mesej brader love:

“alamak”

“nasi lemak pak Nasser”

Rakaman mesej isteri:

“Tu la…nk la b…”

Isteri brader ini turut memuatkan sekeping gambar set nasi lemak Pak Nasser.

Siapa sangka, status abg Azham mendapat perhatian dan maklum balas dari pihak Air Asia. Syarikat penerbangan tambang murah itu membalas semula dengan jawapan berbunyi:

“Menurut pemahaman tersirat, isteri encik nak fly dengan Air Asia sebenarnya…”

Korang nak tahu tak apa brader Azham ni balas balik kepada pihak Air Asia. Baca nie:

“Tiket flight ke ke mana skrg yang murah, janji dapat makan nasi lemak je lah. balik hari pun ok”
Komen balas brader ni mendapat perhatian daripada netizen di luar sana. Macam tak caya pula, misi brader ni mendapatkan nasi lemak atas kapal terbang tercapai jua dengan bantuan netizen yang mengikuti statusnya di Twitter.

Wah! Semoga mereka yang menawarkan bantuan kepada brader Azham ini dimurahkan rezeki.

Oppss…cerita belum habis lagi da…, khabarnya brader Azham dan tempah tiket flight untuk memenuhi permintaan isterinya itu. Ini update terbaru dari status beliau:

“kan dah book flight jadi macam lagu ragaman @faizal_tahir pulak”

“masuk flight baru gear dua kau nak balik ek ek”

Takpelah bang, janji hasrat isteri nak makan nasi lemak pak nasser jadi kenyataan.-MHETV.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : MHE TV

Apa Kata Anda?