[FOTO & VIDEO] Aiman Tino Diam-Diam Berisi.. Namanya Tercatat Dalam Sejarah Sebagai Penghibur..

NAMANYA tercatat dalam sejarah sebagai pemilik video muzik paling tinggi tontonan dengan lebih 44 juta dalam YouTube. Tidak hairan, hampir satu Malaysia kenal siapa Aiman Tino.

Namun ketika ini, namanya sedikit menyepi. Entah apa sebabnya, dia kelihatan kurang menonjol berbanding rakan-rakan artis seusianya.

Adakah kerana lagu baharunya kurang mendapat sambutan atau sebenarnya dia sudah punya agenda lain yang lebih memerlukan fokus berbanding dunia nyanyian?

Bersua bicara dengan penyanyi yang kini bergelar pelakon itu, dia hanya tersenyum tatkala soalan tersebut dilontarkan. Bukan menyepi tetapi dia mengumpul tenaga untuk kembali beraksi.

Baru keluar dari hospital selepas mengalami jangkitan kuman dalam usus, Aiman menggunakan masa yang ada untuk berehat dan tidak membebankan diri dengan aktiviti seni.

Dia mahu mengumpul tenaga dan menjaga kesihatan sebelum kembali sibuk mencari rezeki. Bukan senang untuk bergelar penyanyi sepopular Aiman.

“Lima hari saya dimasukkan ke hospital kerana usus saya dijangkiti kuman. Malah doktor juga menasihatkan saya untuk berehat dan jaga pemakanan.“Sebelum ini, saya kurang menjaga makan. Bila rasa hendak makan atau ada masa terluang, baru saya makan. Sebab itu doktor marah saya.“Alhamdulillah, kesihatan usus saya semakin stabil. Saya perlukan rehat, sebab itu kurangkan sedikit aktiviti seni buat sementara ini,” katanya yang cukup popular dengan lagu Ku Rela Dibenci.

Bakal menjalani pembedahan membuang tonsil hujung tahun ini, Aiman terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan kerana masalah kesihatannya.

Tidak mahu tampil dengan imej dan persembahan yang mengecewakan, dia sedar kesihatan lebih utama dan buat masa ini, dia lebih senang untuk berehat.

“Sebenarnya, saya sudah beberapa kali menunda pembedahan tonsil ini. Masalah bengkak tonsil itu pun sudah berulang kali berlaku sejak awal tahun lagi.“Saya ingatkan tidak serius dan hanya mengambil ubat untuk mengurangkan bengkak. Tapi bila masuk hospital baru-baru ini, doktor menasihatkan saya untuk segerakan pembedahan.“Saya tak mahu ambil risiko dan suara adalah aset saya sebagai penyanyi. Insya-Allah, dalam masa terdekat saya akan menjalani pembedahan,” ujar anak muda berusia 20 tahun ini.

Lancar single baharu

Bakal melancarkan single baharu pada hujung bulan depan, Aiman masih mengekalkan genre balada sebagai umpan memancing sambutan peminat.

Bukan tidak mahu mencuba sesuatu yang baharu, tetapi Aiman mengakui dia lebih selesa dengan genre balada, namun tidak menolak untuk mencuba genre berbeza.

“Saya sudah rakam lagu ini, malah muzik video pun sudah dalam proses. Sayang kalau kita simpan. Jadi, ini single keempat yang bergenre balada.“Mungkin single akan datang saya akan cuba gene berbeza. Mungkin R&B, pop atau hip hop. Saya pun masih menunggu material baharu,” kata anak kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor ini.

Masih mengekalkan khidmat ibu bapanya sebagai komposer dan penulis lirik, Aiman tidak menolak seandainya ada komposer yang berminat untuk memberi lagu kepadanya.

“Ada orang cakap,saya tak mahu nyanyi lagu komposer lain. Bukan macam itu, saya selesa bekerja dengan ibu dan bapa tapi tidak bermakna saya tolak lagu orang lain.“Kalau ada lagu yang sesuai dengan suara saya, mengapa tidak, kan?”Kita perlu berani mencuba sesuatu yang baru untuk kekal relevan dalam industri,” katanya.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Utusan Online

Apa Kata Anda?