Ingatkan Jaguar, Ferrari… Sekali Kereta ‘Legend’ Ini Yang TMJ Pandu Hadir Ke Majlis, Semua Terkejut!

Sila skrol ke bawah untuk menonton video

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sememangnya seorang yang meminati kereta mewah dan klasik. Setiap kali hadir ke sebarang majlis, antara yang menarik perhatian ramai ialah kereta yang dipandu TMJ. Pendek kata, semua jenis kereta ada!

Daripada jenama yang kita biasa dengar sehinggalah jenama yang kita tak pernah tahu pun kewujudan kereta itu.

Terbaru, kereta yang dipandu TMJ semasa menghadiri majlis pelancaran permohonan aplikasi online Rumah Impian Bangsa Johor di pejabat Yayasan Sultan Ibrahim mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, TMJ memandu kereta yang pernah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia satu ketika dahulu, Perodua Kancil!

Inilah kenderaan pertama saya yang dikurniakan kepada saya oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar,…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Saturday, June 9, 2018

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna Facebook Muhammad Jefreel itu, TMJ dilihat mahu berangkat pulang daripada majlis tersebut sebelum memandu sendiri kereta Kancil diiringi polis pengiring.

Lebih menarik, kereta Kancil berwarna gelap dengan nombor pendaftaran JBL 2 itu dilihat mempunyai sunroof.

Jun lalu laman rasmi Facebook pasukan bola sepak Johor Darul Takzim, Johor Southern Tigers pernah memuatnaik foto kereta tersebut.

VIDEO :

Posted by Muhammad Jefreel on Tuesday, October 30, 2018

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : KLMenjerit

 

Apa Kata Anda?