Kalau Ada Masalah Sukar Tidur Diwaktu Malam, Cubalah Amalkan Makan Pisang.

Pisang adalah sejenis buah yang mempunyai banyak khasiat seperti protein, kalsium dan karbohidrat. Merupakan tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. Oleh itu makan pisang jika susah tidur malam.

Pisang tidak sama dari segi saiz, warna dan rasa tetapi biasanya panjang dan melengkung dengan isinya yang lembut serta kaya dengan kanji. Mempunyai kulit berwarna hijau diawalnya kemudian warna kuning, merah, ungu, atau coklat apabila ia masak.

Mungkin kita jarang melihat pisang berwarna merah ini.

KHASIAT PISANG

Antara khasiat pisang adalah membantu mereka yang mempunyai masalah untuk tidur malam. Ini disebabkan pisang mempunyai sebatian yang membantu dalam proses penghasilan melatonin, iaitu hormon yang diperlukan untuk proses tidur dan terjaga.

Warna pisang bermula dengan hijau

Pisang juga mempunyai khasiat-khasiat lain ke atas penyakit seperti:

1. D4rah tinggi dan str0k. Kandungan potasiumnya yang tinggi membantu menurunkan tekanan d4rah tinggi.

2. Kolestrol. Kalori lemak yang rendah, sodium membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam d4rah.

3. Cirit-birit. Kandungan potasium dan magnesium dalam pisang sangat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

Pisang sedap dimakan dan memberi tenaga

4. Anaem1a. Kandungan zat besi dalam pisang merangsang penghasilan haemoglobin di dalam d4rah.

5. Kemurungan. Jika anda kemurungan, makanlah pisang. Insya Allah anda akan cepat ceria. Ini kerana ada sejenis protein di dalam pisang membantu anda menjadi tenang.

6. Pening. Cara berlesam merawat masalah pening ialah dengan meminum susu pisang koc0k (banana milkshake) yang dicampur madu.

Kandungan gula yang terdapat dalam pisang sangat tinggi

ANDA ADA KENCING MANIS?

Jika anda mengidap kencing manis, pisang tidak sesuai untuk dimakan kerana kandungan gula di dalamnya sangat tinggi iaitu 25 gram gula bagi setiap 126 gram pisang (19.85%). Sentiasalah amalkan cara pemakanan yang sihat.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Sinar

Apa Kata Anda?