“Orang Tak Faham Situasi Kita Sebenarnya” – Hetty Sarlene Kesal Ada Yang Lontarkan Kata-kata Kurang Manis

Penyanyi dan bintang Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Hetty Sarlene kesal apabila ada pihak yang melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hetty menjelaskan orang ramai tidak mengetahui keadaan kesihatannya yang sebenar sebelum melakukan persembahan di pentas GV 5 pada minggu lalu.

“Kadang-kadang orang tak faham situasi kita yang sebenarnya. Malah ada yang lontarkan kata-kata kesat pada Hetty.

“Negative vibes. It’s okay, Hetty dah maafkan pun. Sakit itu penghapus dosa kita. Semoga Allah swt melindungi kita semuanya.

“Sekali lagi saya memohon maaf, yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datang dari yang selainnya.

“Doakan semuanya berjalan dengan lancar Ahad Ini. Amin yarabal alamin. Gambar yang diambil oleh manager saya semasa saya Tak sihat. Thank you Kak @syurganur770 kerana memahami,” tulisnya.

Rata-rata mendoakan agar Hetty segera sembuh dan dapat melakukan yang terbaik pada konsert pada minggu ini.

Semoga cepat sembuh

Abaikan komen-komen negatif

Bersiaran selama lapan minggu, GV5 boleh ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : gempak

 

Apa Kata Anda?