Penghargaan Buat Wira Pulau Warisan

PENGORB*NAN Allahy*rham Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, bertukar nyawa dengan lima m*ngsa yang hampir lem*s di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, mendapat pengiktirafan masyarakat yang mengangkat Allahy*rham sebagai wira.

Abdul Bari yang ketika itu memancing terjun ke sungai bagi menyelamatkan lima m*ngsa selepas kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Storm dinaiki mereka meluncur sebelum terjun*m ke sungai kira-kira 9.40 malam, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Allahy*rham ketika menyelamatkan m*ngsa dipercayai mengalami kekej*ngan otot dan gagal mengawal keadaan sebelum kelibatnya hilang di permukaan air.

May*t Abdul Bari ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi m*ngsa dilaporkan hilang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta orang awam pada 7.23 pagi semalam.

Selain Abdul Bari, lima lagi wira yang sanggup menggad*i nyawa mereka dalam insiden sama akan mendapat pengiktirafan apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersetuju menganugerahkan sijil penghargaan sebagai menghargai jasa dan pengorb*nan mereka.

Lima yang lain itu adalah Saiful Anuar Mohd, 37, Mohammad Asadullah Jamaluddin, 28, Mohd Amiro Hafizol Zukafli, 29, Omar Abdul Aziz Othman, 27, dan Shahrul Mizan Harun, 34.

Penghargaan kepada semua wira terbabit itu akan diadakan dalam satu majlis khas di perkarangan dua jabatan berkenaan.

Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor berkata, penyampaian sijil itu akan diadakan di perkarangan JBPM Terengganu pada Mac.

“Penyerahan sijil penghargaan itu akan disempurnakan Ketua Pengarah JBPM pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

“Penghargaan sama turut diberikan kepada Allahy*rham Abdul Bari Asyraf,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pengorb*nan besar yang diberikan enam wira, termasuk Allahy*rham perlu dijadikan contoh kepada masyarakat.

“Mereka wajar diberi penghormatan, jadi saya akan berbincang Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail berhubung penganugerahan itu dan mengadakan satu majlis untuk mereka,” katanya.

Kerajaan negeri juga akan menganugerahkan penghargaan untuk Allahy*rham sebagai mengenang jasa arw*h yang terkorb*n ketika berusaha menyelamatkan lima sekeluarga serta lima lagi penyelamat lain dalam satu majlis khas.

Sumber : Metro

 

Apa Kata Anda?