RM5 Juta Tawaran Beli Proton 1 Sultan Johor?

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Seorang ahli perniagaan sanggup menawarkan RM5 juta untuk membeli kereta Proton Saga generasi pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1 milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar jika ia ‘dilelong’.

Tawaran itu dikongsi melalui satu hantaran di Facebook milik ahli perniagaan Datuk Seri Zaienal Abidin.

Ketika dihubungi Zaienal bagaimanapun tidak mendedahkan nama ahli perniagaan yang membuat tawaran itu, tetapi menjelaskan nilai RM5 juta itu berdasarkan kepada nilai kereta nasional pertama itu.

Katanya, kereta itu mempunyai nilai sentimental dan sejarah yang sangat tinggi kerana bukan sahaja kereta nasional keluaran Proton yang pertama dengan nombor pendaftaran Proton 1, tetapi juga kerana individu-individu yang pernah menggunakan kereta itu.

“Proton 1 ini telah dipandu oleh dua orang sultan, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan Sultan Ibrahim, dan dinaiki oleh ‘dua’ perdana menteri, iaitu Perdana Menteri Keempat dan Perdana Menteri Ketujuh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad,” katanya.

Oleh itu katanya, tawaran harga RM5 juta itu adalah wajar.

Proton 1 milik SUltan Johor itu menjadi perhatian dan perbualan apabila Sultan Ibrahim sendiri memandu ketika baginda menghantar Dr. Mahathir ke lapangan terbang selepas pertemuan antara kedua-duanya baru-baru ini. 

Sumber : – UTUSAN ONLINE

Apa Kata Anda?