“Saya Pun Tak Tahu Kontrak Akan Ditamatkan” – Nabil Ahmad Terkejut! Ini Pula Respon Neelofa..

PELAWAK dan pengacara Nabil Ahmad menjelaskan dia belum berhasrat untuk meninggalkan tugasnya sebagai hos program MeleTOP selepas ada ura-ura mengatakan tempatnya bakal digantikan oleh orang lain.

Nabil yang mengendalikan program itu bersama Neelofa sejak 2012 berkata, dia sendiri tidak tahu menahu mengenai gosip tersebut malah tiada sesiapa daripada pihak produksi memberitahu kontraknya bakal ditamatkan.

Ini kerana kata Nabil, kontraknya sebagai hos sehingga tahun 2019.

“Saya sendiri tidak tahu menahu… ini adalah kali pertama saya mendengar mengenainya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Amboi Bambil beria betul ya bercuti. Kitorang dah rindu ni! 😜 Apa pun ole ole jangan lupa eh heheheh🙈 #MeleTOP . Repost @nabilzira

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

“Pihak produksi pun tidak pernah kata apa-apa dan sekiranya benar saya perlu mendengarnya daripada mereka.

Nabil dan Neelofa mengendalikan MeleTOP sejak 2012.

“Apa-apa pun saya anggap ia sebagai gosip semata-mata kerana kontak saya pun masih ada sampai 2019,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lain macam hos kita @neelofa malam ni 😍 #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Dalam pada itu, Nabil berkata, dia tidak merancang untuk meninggalkan MeleTOP seperti diperkatakan kerana menyukai tugasnya sebagai hos program itu.

“Saya sayangkan MeleTOP, saya sudah terlalu lama bersama semua yang terlibat untuk meninggalkan program itu begitu sahaja,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa juga turut memberikan respon yang sama.

Neelofa, akui berasa pelik apabila timbul dakwaan dirinya bakal meninggalkan rancangan Meletop, walhal beliau tidak pernah sekalipun menyuarakan hasrat itu kepada pihak produksi.

Malah, katanya, tiada wakil daripada produksi memaklumkan keputusan kononnya peranan beliau sebagai hos Meletop akan ditamatkan.

“Setakat ini belum keluar lagi daripada mulut saya mengenai hasrat untuk berhenti mengacara program Meletop. Malah, pihak Astro juga tidak ada berbincang dengan saya mengenai isu mahu menamatkan kontrak saya,” katanya kepada Utusan Online

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jom kita test @nabilzira pasal bola sikit. Nak tahu power ke tak power, korang kena tengok video penuh di Youtube MeleTOP! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

VIDEO : Lawak bila Nabil tak faham apa Khai Bahar cakap 🤣 | MeleTOP | Neelofa

VIDEO :Debat hebat YB Syed Saddiq dan Nabil tentang Gadis Pilihan Ibu atau Pilihan Sendiri | MeleTOP

VIDEO : Best of Nabil & Neelofa Moment

Sumber : Mstar & Utusan Online

Apa Kata Anda?