“Selesai Kes Pendaftaran & Angkat Sumpah,”- Abby Abadi Lega, Bantu Proses Pengambilan Anak Angkat

Pelakon, Abby Abadi mengumumkan berita gembira apabila dia baru sahaja selesai membantu kes pengambilan anak angkat yang dikenali sebagai Baby R.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu juga turut memaklumkan telah selesai beberapa prosedur pengambilan anak angkat seperti pendaftaran dan mengangkat sumpah.

“Alhamdullillah Selesai dah urusan Baby R harini Syukur ALLAH permudahkan .Semalam ibu ayahnya minta tlg…

“Semalam juga Mama Yebby Carikan ibu ayah angkatnya Hari ni selesai pendaftaranDengan angkat sumpahSekali semua…

“SYUKURRRRRRR Semoga ALLAH redha Ps: Kalau dekat & kita free mmg kita tolong.. tp kalau jauh kena urus sendiri la ye.., tulis Abby.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Menerusi ruangan komen pula, netizen telah memuji sifat mulia Abby yang tidak putus-putus membantu anak kecil dan mereka yang dambakan cahaya mata.

Foto : Instagram Abby Abadi

Apa Kata Anda?