‘Sis, Maafkan Janna..’ – Mengejutkan Ini Sebabnya Janna Nick Mohon Maaf Pada Sheila Rosly

Janna Nick memohon maaf secara terbuka kepada penerbit dan pelakon, Sheila Rusly serta keluarga, jika perbuatan dan kata-katanya selama ini mengguris hati.

Sebagai anak didik kepada Sheila dan suaminya, Janna mahu hubungan akrab antara mereka, pulih semula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

orang kata kalau tangan berurat tu.. RAJIN…😅 #sayangketatsendatpadat

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

“Saya banyak terhutang budi kepada mereka yang memberi tunjuk ajar sejak mula berkecimpung dalam bidang seni.

“Tanda hormat kepada peranan mereka selama ini, saya membuat permohonan maaf secara terbuka. Saya berharap hubungan yang keruh kembali jernih,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, ramai menyedari keakraban Janna dan Sheila, berikutan sering bekerjasama dalam pelbagai projek.

Namun, ramai pemerhati dunia hiburan membuat andaian mereka tidak lagi rapat selepas Sheila memuat naik foto mempromosikan drama bersiri, Leftenan Zana, yang turut dibintangi aktres muda itu.

Entri itu diiringi keterangan berbunyi:

“Kalau rasa nak tengok silakan… Mungkin tidak sehebat yang diharapkan dan tak semudah juga untuk sis (merujuk kepada dirinya selaku penerbit) menyiapkan kerana tak semua jasa akan dikenang.”

Status itu pantas mengundang spekulasi dan biarpun penerbit terbabit tidak menyebut sebarang nama, ramai yang mengaitkannya dengan Janna.

Janna berkata, sebelum ini, dia pernah memohon maaf melalui mesej peribadi, namun tidak dibalas Sheila.

“Sejujurnya, saya sendiri kurang pasti mana silapnya. Oleh itu, saya memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan.

“Sekiranya permohonan maaf secara terbuka ini tidak diterima oleh pihak di sana, apa yang boleh saya lakukan selepas ini adalah memohon ampun daripada Allah,” katanya yang sebelum ini memilih untuk mengunci mulut daripada menjawab sebarang persoalan mengenai hubungannya dengan Sheila.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Berita Harian

Apa Kata Anda?