[FOTO & VIDEO] Ella Perjelaskan Isu Dikurniakan Pingat Datuk – Tak Pernah Kejar Gelaran ‘Datuk’… Ella terima Anugerah Ikon Selebriti BrandLaureate

Seperti biasa, jika ada saja selebriti yang menerima gelaran Datuk, pasti ramai yang bertanya apakah sumbangan selebriti itu kepada negara sehingga mampu menerima gelaran tersebut. Namun, sekiranya Ratu Rock Malaysia, Ella menerima gelaran ini, pasti ramai yang bersetuju dan beliau sememangnya layak.

 

Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online, sekarang ini bukan rezeki Ella untuk memikul anugerah tersebut. Pun begitu, sekiranya ada pihak yang ingin memberikan pingat itu kepadanya suatu hari kelak, dia pasti tidak menolak dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Soal pingat Datuk tidak pernah saya fikirkan. Anugerah itu adalah satu rezeki dan jika Tuhan belum mengizinkan, tidak mungkin saya akan memperolehinya.

Ella berkata, sekiranya ada pihak yang ingin memberikan pingat tersebut, pastinya dia bersyukur dan menerimanya dengan hati terbuka.

“Sebenarnya bagi saya, pengiktirafan yang tertinggi adalah daripada peminat yang tidak pernah lelah menyokong kerjaya saya. Saya amat bangga dan puas hati apabila mereka sentiasa menghargai karya saya.

 

Dalam temubualnya bersama Utusan, Ella berkata Gelaran Ratu Rock Malaysiasudah cukup memuaskan hatinya dan gelaran tersebut sangat besar untuk saya.

“SAYA tidak kejar pangkat atau gelaran Datuk sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian kerana percaya pada rezeki dari Allah.

“Kalau rezeki itu milik kita tiada siapa pun akan dapat menghalangnya kerana rezeki tidak pernah salah alamat,” kata Ratu Rock terkenal Ella ketika mengulas gelaran Datuk yang diterima golongan artis ketika ini.

Namun, kata pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin, 52, dia tidak menolak jika ada pihak tertentu yang mahu menganugerahkannya gelaran Datuk selepas ini.

“Saya tidak pernah terfikir pun mengenai gelaran Datuk itu sepanjang berkecimpung dalam bidang seni tanah air sampai sekarang.

“Sebenarnya, bukan senang untuk golongan anak seni mendapat gelaran Datuk itu kerana sebagai mana yang kita tahu ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul selepas itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ella lagi, pengiktirafan yang paling bermakna dalam karier nyanyiannya ialah sokongan padu dari peminat setianya sejak dulu.

“Gelaran sebagai Ratu Rock tanah air juga sudah cukup buat saya berasa bangga dan dihargai peminat dalam bidang muzik tanah air.

“Selain pelbagai anugerah yang diterima dalam bidang nyanyian, gelaran Ratu Rock juga masih kekal sehingga kini,

“Sebagai penghibur, misi saya untuk terus menghasilkan karya yang bagus, berkualiti dan malar segar,” katanya.

Ella pernah menerima pingat Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) pada istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-79 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, pada 2010.

VIDEO :

Mengenai perkembangan terbaru,  Ella baru sahaja menerima anugerah The BrandLaureate Icon Celebrity 2018 pada amajlis The BrandLaureate Brand Icon Leadership Awards 2018, Isnin lalu.  Anugerah tersebut mengiktiraf Ella atas pencapaiannya dalam industri muzik tempatan serta kejayaan membina jenama sebagai ikon rock wanita tersohor. Tahniah Ella!

Ella terima Anugerah Ikon Selebriti BrandLaureate

Ratu Rock, Ella, menyifatkan Anugerah Ikon Selebriti BrandLaureate yang diberikan kepadanya sebagai pengiktirafan terbesar sepanjang lebih tiga dekad berkecimpung dalam bidang seni.

Ella atau nama lengkapnya Nor Zila Aminuddin, 52, berkata anugerah berkenaan turut menterjemahkan kejayaan semua yang terbabit dalam membina nama, kerjaya dan jenamanya.

Tegasnya, tanpa sokongan mereka, beliau takkan berada pada kedudukannya hari ini.

“Saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada penganjur kerana memberikan pengiktirafan sebesar ini kepada saya.

“Tanpa kerja berpasukan dan sokongan peminat, tidak mungkin jenama saya kekal dan kukuh dalam industri muzik tanah air sehingga kini,” katanya kepada BH Online menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Anugerah terbabit disampaikan oleh Pengerusi Asia Pacific Brands Foundation (APBF), Tan Sri Rainer Althoff, dalam majlis khas yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Anugerah berprestij dalam dunia penjenamaan berkenaan mengiktiraf penyanyi Standing in the Eyes of the World itu hasil pencapaiannya dalam industri muzik tempatan serta kejayaannya membina jenama sebagai ikon rock wanita terkenal di rantau ini.

Ella yang mula mencipta nama di arena seni sekitar 1985 bersama kumpulan The Boys sehingga kini memiliki kira-kira 10 album solo studio, selain turut berlakon dalam empat filem.

The BrandLaureate Brand Icon Leadership Awards mula diperkenalkan APBF bagi meraikan kehebatan ikon jenama yang menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonomi dengan pemikiran serta idea inovatif.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Metro

 

Apa Kata Anda?