[VIDEO] 6 Lelaki Hasilkan Alunan Muzik Indah Dengan Berkongsi Memainkan Satu Ukulele! Menghiburkan Sungguh!

Ukulele merupakan sejenis alat muzik seperti gitar namun bezanya, ia bersaiz kecil dan hanya mempunyai empat tali.

6 lelaki hasilkan alunan muzik indah dengan berkongsi memainkan satu ukulele! Menghiburkan sungguh!

Walaupun bersaiz kecil, ukulele tidaklah mudah dimainkan dan dipelajari…
 

Sedangkan hanya seorang pemain cuba memegang ukulele pun kelihatan agak sukar, bayangkan enam individu dewasa bergabung tenaga untuk menghasilkan melodi indah daripada satu ukulele yang sama!

Baru-baru ini telah menular di media sosial mengenai satu video yang sangat kreatif dan lain daripada yang lain.

Video berkenaan memaparkan enam lelaki yang cuba memainkan sebuah ukulele secara bersama.

 

Mereka telah memainkan lagu terkenal Gotye berjudul Somebody That I Used To Know sambil tangan-tangan ini memetik alunan ukulele.

 

Kumpulan ini nampaknya berjaya menjadikan lagu ini menjadi satu versi yang sangat menghiburkan!

Anda mungkin patut mencubanya bersama rakan-rakan anda…

VIDEO PENUH :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Era Baru

Apa Kata Anda?