[VIDEO] Ella Pecah Rekod Nyanyi Dengan 200 Pemuzik Satu Lagu “Kitalah Bintang”!

Ratu Rock, Ella mencatat rekod baharu dalam dunia persembahan apabila diiringi 200 pemuzik pada acara Ella Kitalah Bintang di The Love @ MATIC, di sini, hari ini.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin, 52, memberitahu, persembahan bagi meraikan pemuzik muda itu dianjurkan sempena Konsert Ella Unplugged In KL, bulan depan.

“Saya tidak terlalu memikirkan untuk memecahkan rekod hingga diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBR).

“Apa yang dibuat, saya hanya mahu mengumpulkan pemuzik muda iaitu pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

“Saya mahu memberi pengalaman bermain muzik secara langsung kepada mereka. Kalau bukan saya yang bagi pendedahan, siapa lagi?

“Ini dapat mengetengahkan mereka sebagai bakat pelapis,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Ella yang popular dengan lagu Gemilang mencipta rekod sebagai penyanyi pertama mengundang 100 pemuzik pada sidang media Konsert Ella 2016, kira-kira tiga tahun lalu.

Berbaki sebulan sebelum konsert di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini, dianjurkan selama tiga hari mulai 29 Mac depan, , Ella berkata, sebanyak 70 peratus tiket sudah dijual.

“Alhamdulillah, sudah tentu saya gembira apabila jualan tiket baik. Bukan senang orang nak keluarkan duit beli tiket.

“Jadi, mahu memberi persembahan terbaik peminat,” katanya.

Tiket menyaksikan Ella beraksi pada Konsert Ella Unplugged In KL pada harga antara RM179 hingga RM519 boleh dibeli melalui www.proticket.com.my.

Ella bakal mempersembahkan 25 lagu dalam tiga segmen termasuk Melayu Asli dalam konsert itu. Penyanyi berasal dari Klang, Selangor itu juga akan mendendangkan lagu daripada album baharu, Peace Love Rindu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy listening ❣️

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Sujud #PLR #istanabudayakualalumpur #concert #march @proticketmy 29/30/31 march 2019

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💘

A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

 

Sumber : BH via IG Ella

Apa Kata Anda?