[VIDEO & FOTO] Serba Mewah & Indah! Foto-Foto Menarik Sekitar Majlis Resepsi Deepika Padukone & Ranveer Singh

Bintang popular Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang sangat meriah pada Rabu lalu.

Majlis persandingan pasangan ini telah berlangsung dalam suasana yang cukup indahdan mewah di Hotel Grand Hyatt, Mumbai.

Menerusi entri di Instagram, pasangan ini telah berkongsi gambar resepsi perkahwinan mereka dan mendapat pelbagai pujian daripada peminat.

Deepika mengayakan baju hasil buatan pereka fesyen terkenal, Abu Jani Sandeep Koshla dengan memakai gaun penuh yang disulam oleh benang emas. 

Majlis resepsi tersebut diadakan secara besar-besaran dan dihadiri oleh ahli keluarga, kenalan rapat dan rakan selebriti lain yang tinggal di Mumbai.

Ini merupakan majlis resepsi kedua yang dilakukan oleh Deepika dan Ranveer selepas melangsungkan perkahwinan pada 14 November lalu di Lake Como, Italy.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : Instagram deepikapadukone via gempak

Apa Kata Anda?