Video Gurauan Harvinth Skin Terhadap Pekerja Kedai Kasut Tular Ke Seluruh Dunia Dan Raih Perhatian CEO JD Sports Malaysia

Anda pasti sudah melihat video tular yang mempamerkan tindakan seorang pengguna YouTube terkenal Malaysia, Harvinth Skin yang kelihatan seperti hendak mencuri sepasang kasut baharu di sebuah kedai kasut popular negara.

Terima Kasih Kerana Tak Tumbvk Saya. Harvinth Skin Terkejut Video Viral Seluruh Dunia

Melalui rakaman berdurasi 45 saat itu, Harvinth Kesu dilihat menggayakan sepasang kasut sukan dan kemudian berlari pecut keluar dari premis tersebut sebelum berpatah balik dengan riak wajah bersahaja.

Kejadian tersebut berlaku terlalu pantas dan kelihatan seorang jurujual yang melayan pemuda berusia 25 tahun itu turut berlari mengejarnya kerana menyangka Harvinth mahu mencuri kasut tersebut.

Jurujual tersebut mengurut dada kerana cemas selepas melihat Harvinth berlari menggunakan kasut itu untuk memanaskan badan sahaja.

” Saya sebenarnya tengah memanaskan badan dan mencuba kasut itu. Saya nak tahu bagaimana rasanya memakai kasut tersebut ketika berlari,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Harvinth yang juga hos televisyen itu berkata, video tersebut diinspirasikan daripada rakaman seorang lelaki dari luar negara yang turut melakukan aksi sama.

Pemuda yang bernaung di bawah label Rocketfuel Entertainment itu beranggapan Malaysia perlu melihat seseorang dari negara ini menghasilkan versi sendiri setelah menonton video tersebut.

“Saya gembira melihat sesuatu yang saya lakukan membuat orang lain ketawa, menikmatinya dan itulah antara sebab saya menghasilkan video. Saya ingat video itu ‘okay’ sahaja di Malaysia, tapi tak sangka ia tular di seluruh dunia.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada kakitangan kedai sukan itu kerana tidak ‘menumbuk’ saya.

“Bagi saya, ramai orang mengambil semua perkara terlalu serius sejak akhir-akhir ini. Penting untuk mereka undur setapak ke belakang dan sedar yang kehidupan di dunia ini adalah untuk menikmati kegembiraan,” ujarnya.

Harvinth ketika merakam swafoto bersama legenda bola sepak, Ronaldinho.

Harvinth yang juga dikenali sebagai Harvinth Skin itu memiliki hampir 60 pasang kasut sukan dalam koleksi peribadinya.

Jelas Harvinth, dia tidak merakamkan aksi itu sekadar untuk suka-suka, tetapi membeli kasut tersebut kemudian selepas tindakannya telah membuatkan kakitangan terbabit berasa cemas.

Video pendek berkenaan menjadi tular setelah dimuat naik oleh Harvinth sendiri pada Isnin lalu (26 November) dan sehingga kini meraih lebih daripada 470,000 perkongsian di Facebook.

Kredit: Harvinth

Lebih menakjubkan lagi, video yang lucu ini bukan sahaja mencuri perhatian daripada netizen di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia!

Dalam video berkenaan, Harvinth dilihat sedang mencuba sepasang kasut baharu sambil diperhatikan oleh pekerja kedai berkenaan yang dikenali sebagai Martin.

 

Kredit: Harvinth

Sebaik sahaja memakai kedua-dua pasang kasut, Harvinth berdiri sambil menguji ketahanan kasut itu di hadapan Martin. Bagaimanapun dalam sekelip mata, Harvinth terus berlari keluar dari kedai berkenaan dan membuat semua pengunjung terkejut.

 

Kredit: Harvinth

Martin juga kelihatan terkedu pada awalnya terus mengejar Harvinth sehingga ke bahagian luar kedai sambil memegang kotak kasut. Namun, belum sempat Martin sampai ke Harvinth, Harvinth kemudian dilihat berlari semula masuk ke dalam kedai JD Sports itu dan berpura-pura seperti dia sedang menguji daya tahan lasak kasut berkenaan.

 

Kredit: Harvinth

Tindakan mengejut Harvinth ini membuatkan jantung Martin berdegup kencang dan dalam video tersebut, Martin dilihat sempat mengusap dadanya akibat perbuatan Harvinth.

 

Kredit: Harvinth

Dalam satu perkongsian di Twitter, Harvinth memaklumkan kepada semua netizen bahawa dia memutuskan untuk membeli kasut tersebut dan meminta maaf serta memberikan pelukan kepada Martin selepas kejadian itu.

Penularan video berkenaan turut mendapat perhatian daripada CEO JD Sports Malaysia sendiri yang kemudiannya meminta Harvinth agar tidak mengulangi perbuatan tersebut di masa hadapan dengan nada gurauan.

 

Kredit: Harvinth Skin/Twitter

“Berhenti menakutkan pekerja dan saya rasa saya perlu berbincang dengan pengawal keselamatan saya.”

Tweet tersebut dibalas oleh Harvinth, “Maafkan saya! Tolong jangan haramkan saya daripada memasuki JD Sports!”

Apa-apa pun, ini adalah satu video yang sungguh menghiburkan namun jangan pula anda tiru perbuatan Harvinth ini. Takut nanti nasib anda tidak sebaik Harvinth sehingga terpaksa dimasukkan ke penjara pula…

VIDEO :

Kredit: Harvinth Skin/Facebook

Sumber: SAYS, Harvinth Skin/Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Islamik Info

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @IslamikInfoMedia

Sumber : OnlineYuba

 

Apa Kata Anda?