[VIDEO] Konnichiwa, Dunia! Takaaki Mempertaruhkan Masa Depan Dengan Datang Ke Malaysia

“SAYA mempertaruhkan masa depan dengan datang ke Malaysia,” luah penyanyi berasal Osaka, Jepun, Takaaki Terry, 24, demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi di Malaysia.

Takaaki yang tular di media sosial kerana menyanyikan lagu Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir penghujung tahun lalu sanggup berhenti kerja sebagai pegawai pemasaran.

“Saya sudah lama simpan impian menjadi penyanyi tapi mahu memulakannya di luar negara terutamanya di Malaysia.

“Selepas berjaya di sini, saya mahu meluaskan pengaruh ke Singapura, Brunei dan Indonesia pula sebelum kembali ke Jepun untuk membina kerjaya nyanyian di sana,” kata Takaaki.

Dia ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video pertamanya berjudul Konnichiwa Dunia yang dilancarkan di Warner Music Malaysia, di Kuala Lumpur, hari ini.

Takaaki akui segalanya bermula selepas kali pertama melancong ke Malaysia pada April tahun lalu sebelum dia terus jatuh cinta terutama dari segi budaya dan Bahasa Melayu.

VIDEO :

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir) on

Menariknya, dia fasih berbahasa Melayu selepas mempelajarinya dalam tempoh kurang setahun melalui lagu, drama dan siri animasi tempatan.

Katanya, sebelum menyukai lagu Assalamualaikum, dia mula jatuh hati dengan lagu Dari Mata nyanyian asal penyanyi Brunei, Jaz Hayat.

Kemudian dia mula serius mempelajari Bahasa Melayu dengan menonton beberapa drama tempatan antaranya drama Nur arahan Shahrulezad dan siri animasi Upin & Ipin.

“Malah, saya beli buku bahasa Melayu untuk kanak-kanak kerana ia lebih mudah dan cepat untuk saya belajar dan fahami bahasa ini,” katanya.

Takaaki bernasib baik apabila Faizal Tahir menjejakinya sehingga ke Osaka penghujung tahun lalu dan akhirnya melamarnya sebagai penyanyi untuk bernaung di bawah syarikat rakaman milik Faizal iaitu Faithful Music.

Sumber : Metro

Apa Kata Anda?