(VIDEO) Lepas Hindustan, Lip Sync Mira Filzah Versi Korea Pula Jadi Bualan.

Siapa yang tidak kenal dengan artis manis, Mira Filzah?

Selain terkenal dengan video lip sync lagu-lagu hindustan, nampaknya Mira sudah beralih kepada lagu Korea pula.

Mira menerusi laman Instagramnya sempat memuat naik sebuah video pendek di mana dia melakukan lip sync lagu korea bertajuk Forever Young nyanyian kumpulan Black Pink. 

Video berkenaan yang dimuat naik dengan kata-kata hikmah “Life is a beautiful struggle. Live life to the fullest.” itu ditonton lebih 550K tontonan di laman Instagram peribadinya.

Rata-rata memuji kecantikan pelakon berkenaan, malah ada juga kagum dengan bakat lip sync yang dimiliki pelakon drama Rahsia Hati Perempuan itu.

Terdahulu video lip sync Mira dan pelakon Uqasha Senrose turut menjadi bualan netizen. Video berkenaan menampilkan lagu Andheki Anjaani – Mujhse Dosti Karoge yang dimuat naik awal Mei yang lalu berjaya meraih hampir 1 juta tontonan di laman Instagram.

Sumber Instagram Mira Filzah

Apa Kata Anda?